Penjenamaan
Rasionalisasi Logo

SEL
Penggunaan simbol ini dalam memperkenalkan produk keluaran Aura Diva Worldwide Sdn. Bhd. adalah menjurus kepada sel-sel yang merupakan unit terkecil memiliki kemampuan hidup yang berkembang biak dan merupakan satuan struktur serta fungsi dalam organisma hidup. Sel dibezakan dalam pelbagai faktor antaranya ukuran, bentuk dan struktur dalaman. Ini merupakan objektif utama penghasilan produk oleh pihak syarikat yang memberi penekanan terhadap keberkesanan serta tindakbalas bahan-bahan yang digunakan terhadap fungsi sistem sel tubuh manusia agar memberi impak maksima dalam pembentukan sel sihat.

MOLEKUL
Molekul adalah bahagian yang terkecil terdiri daripada dua atau lebih bahagian atom yang merupakan bahagian terkecil dari satu unsur yang tidak dapat dibahagikan lagi (dalam peringkat molekuler, atom-atom berkaitan membentuk molekul dan akan menyusun organel-organel sel). Molekul dan Sel merupakan dua aspek penting yang berkait rapat dalam pembentukkan sistem sel manusia dan penggabungan tersebut diterjemahkan dalam konsep logo Aura Signature Series keluaran Aura Diva Worldwide Sdn. Bhd. agar ianya seiiring dengan objektif utama produk yang mementing kesinambungan dan kekuatan dalam penghasilan.

PERTAHANAN
Menjurus kepada objektif pengeluaran produk yang mementingkan penggabungan serta pembentukan sel-sel sihat tubuh, kekuatan perlindungan sel dititikberatkan agar ianya memberi keberkesanan maksima kepada tubuh. Oleh yang demikian penggunaan simbol ini diterjemahkan sebagai ‘perlindung sel’ yang memberi pelindungan maksima terhadap sel-sel tubuh badan yang lain.